fbpx
Anwar disambut meriah dengan lagu 'Saya anak Malaysia'.

[VIDEO] Anwar disambut meriah dengan lagu ‘Saya anak Malaysia’ di Ethiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disambut meriah dengan lagu ‘Saya Anak Malaysia’ sebaik tiba di ibu negara Ethiopia bagi memulakan lawatan rasmi bersejarah ke Afrika.

Menerusi satu hantaran di laman Thread, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole disambut sendiri oleh Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali.

Anwar tiba pada pukul 4.10 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia) untuk lawatan sulung beliau ke benua Afrika dan sekali gus menandakan fasa baharu dalam hubungan Malaysia dengan rantau itu.

Ketibaan Anwar itu disambut dengan begitu meriah apabila terdapat barisan penari mempersembahkan lagu ‘Saya Anak Malaysia selain turut menyanyikan Lagu Kebangsaan Ethiopia ‘March Forward, Dear Mother Ethiopia’.

Lawatan Anwar selama tiga hari ke negara yang mendapat jolokan ‘Horn of Africa’ itu merupakan lawatan yang pertama bagi Perdana Menteri Malaysia.

Kesatuan Afrika yang ditubuhkan pada Julai 2002 dan dianggotai 55 negara merupakan suara perwakilan benua itu di pentas global dan antara peranan utamanya ialah menggalakkan kerjasama antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI