PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Perak serta beberapa kawasan lain di Selangor dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak ketika ini.
Seterusnya, di Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala penduduk Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah turut dinasihatkan berjaga-jaga dengan amaran cuaca buruk itu. – KOSMO! ONLINE















