fbpx
TIMBER (depan) menjadi pemain pertahanan ketiga Arsenal mengalami kecederaan minggu ini. - AFP

Arsenal mula dihantui krisis kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Harapan Arsenal untuk menamatkan penantian 21 tahun menjuarai gelaran EPL selepas kali terakhir pada 2004 kini berdepan tamparan besar apabila tiga pemain utamanya mengalami kecederaan dalam tugasan antarabangsa.

Terbaharu, Jurrien Timber mengalami kecederaan bersama Belanda sekali gus menyertai dua lagi pertahanan utama Arsenal, Gabriel Magalhaes (Brazil) dan Riccardo Calafiori (Itali).

Gabriel disahkan cedera pangkal paha ketika membantu Brazil menewaskan Senegal, manakala Calafiori pula mengalami masalah pinggul dan terpaksa pulang awal daripada tugasan bersama Itali.

Situasi itu pastinya meresahkan pengurus Arsenal, Mikel Arteta disebabkan jadual sukar yang menanti pasukannya terutamanya tiga perlawanan berturut-turut menentang Tottenham Hotspur, Bayern Munich dan Chelsea selepas ini.

Ketiadaan trio pertahanan itu boleh menyebabkan barisan belakang Arsenal tidak kebal yang mana ia dilihat boleh menjejaskan peluang mereka untuk melebarkan penguasaan di tangga teratas EPL.

Ketika ini, The Gunners masih memegang kelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat di tangga kedua, Manchester City dan kemenangan ke atas Spurs serta Chelsea dilihat amat penting untuk mereka kekal menghuni tangga teratas.

Difahamkan, Timber didakwa tidak mengalami kecederaan serius tetapi masih tiada kepastian sama ada dia boleh terlibat dalam pertemuan derbi utara London menentang Spurs di Stadium Emirates awal pagi Isnin ini.

Pilihan yang ada buat Arteta adalah mempertaruhkan semula Ben White atau menolak Christian Mosquera di sebelah kanan dengan Pierro Hincapie dijangka menggantikan Gabriel dan Myles Lewis-Skelly mengisi ketiadaan Calafiori. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN