KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah meminta semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah supaya tidak memasang bahan kempen di kawasan yang berisiko mengganggu keselamatan jalan raya.
Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Philemon Lajawai berkata larangan itu meliputi kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki serta tiang lampu isyarat.
Katanya, pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk, poster dan apa sahaja bahan berkaitan di lokasi berkenaan boleh menghadkan penglihatan pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.
“Tindakan ini penting untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap optimum sepanjang tempoh kempen PRN17 Sabah.
“JKR meminta semua bahan kempen yang sudah dipasang di kawasan terbabit dialihkan dengan segera bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Philemon juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjaga keselamatan serta kelancaran trafik di seluruh negeri. – KOSMO! ONLINE
PRN Sabah: Jangan pasang bahan kempen di kawasan bulatan, simpang
- Oleh IVAN AMIRUL
- 18 November 2025, 3:21 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Bomba, Hazmat turun padang bersihkan tumpahan bahan kimia
9 Jun 2026, 9:24 pm

Tiba-tiba ramai datang tanya khabar
9 Jun 2026, 8:00 am

Lokasi amaran tsunami di Sabah dalam keadaan baik – Ahmad Zahid
8 Jun 2026, 4:36 pm

Anthony Loke pertahan DUN Chennah
8 Jun 2026, 2:59 pm

Baru hari pertama sekolah, dah terima amaran tsunami
8 Jun 2026, 1:51 pm

DAP tidak pernah dan tidak akan berada dalam kerajaan BN Johor – Onn Hafiz
8 Jun 2026, 1:27 pm

MetMalaysia tamatkan nasihat tsunami di Sabah
8 Jun 2026, 12:56 pm

[VIDEO] Gempa bumi Mindanao: ‘Ya Allah, lindungi Tawau’
8 Jun 2026, 12:35 pm






