fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penduduk mengambil diesel yang bertakung di tepi jalan. - TikTok

Mangsa kemalangan dibiar meninggal dunia, penduduk sibuk kebas diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Berpuluh-puluh penduduk di Purworejo, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman orang ramai kerana menadah dan mengambil minyak diesel yang tumpah daripada sebuah lori tangki yang  terbalik akibat kemalangan, lapor portal berita Tribun Tipkor.

Lori tangki itu dilaporkan terbabas lalu melanggar kereta jenis Suzuki Carry sekitar pukul 5.15 petang (waktu tempatan) di hadapan Pasar Kalijambe, Selasa lalu.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @manutdawuh86 menunjukkan orang ramai berpusu-pusu menadah diesel yang keluar daripada tangki bocor.

Lebih mengejutkan, mereka sanggup mengambil diesel yang bertakung di tepi jalan.

Ada yang meletakkan bahan api itu di dalam botol, besen, jag dan baldi yang dibawa dari rumah.

Netizen menuduh penduduk setempat bersikap tamak dan tidak menghiraukan nasib pemandu serta salah seorang penumpang yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.

“Ini bukan rompakan tetapi memanfaatkan diesel yang tumpah daripada membazir,” kata seorang netizen.

“Sepatutnya tolong! Bukan mencuri!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI