‎KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memberi amaran mana-mana anggota parti yang memilih untuk bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan dipecat.
‎
‎Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, ‎Datuk Mohammad Razali Razi berkata ‎tindakan bertanding atas tiket bebas adalah bertentangan dengan pendirian dan keputusan parti sebagai komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
‎
‎”Gagasan Rakyat menegaskan bahawa mana-mana individu yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti dan ‎mana-mana pimpinan parti walaupun mereka merupakan ahli.
‎
‎”Sehubungan itu, pihak parti telah membuat keputusan untuk memecat serta-merta mana-mana ahli parti yang melanggar ketetapan tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE
Ahli Gagasan Rakyat bertanding calon bebas akan dipecat serta-merta
- Oleh IVAN AMIRUL
- 15 November 2025, 12:16 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Kingmaker’ tetapi terpinggir
6 November 2026, 8:15 am

Jangan buat pembelian panik, kita belum sampai tahap seperti di Eropah
4 November 2026, 3:18 pm

Damian bawa suara belia ke pentas dunia
4 November 2026, 10:00 am

‘Transfer vote’ ‘senjata’ BN dapat majoriti mudah
3 November 2026, 9:21 am

[VIDEO] Air naik ketika calon UPKK jawab peperiksaan
2 November 2026, 4:41 pm

PDRM, pihak berkuasa Pakistan bincang kes rakyat ditahan kerana scam
2 November 2026, 4:02 pm

PRN Melaka: BN ada kelebihan, bandar tumpuan PH
2 November 2026, 9:50 am

Lebih 20,000 anak Sabah raikan cinta Syed Saddiq, Bella Astillah
31 Oktober 2026, 5:20 pm








