fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO IHSAN BOMBA

Lelaki parah tersepit, tiga kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki berusia 61 tahun cedera parah selepas tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada pukul 8.20 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.

“Kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Axia, Bezza dan Volkswagen serta menyebabkan tiga mangsa cedera.

“Pemandu lelaki Perodua Axia berusia 61 tahun didapati tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan parah. Dua lagi mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia lingkungan 30-an, hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurutnya, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkannya kepada pasukan Kementerian Kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN