fbpx
GAMBAR fail Donald Trump di White House. - Foto AFP

Trump telefon pemimpin Malaysia, Thai dan Kemboja untuk redakan ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat panggilan semalam kepada pemimpin Kemboja dan Thailand dalam usaha meredakan ketegangan di sempadan yang mengancam menggugat keamanan antara jiran Asia Tenggara itu, lapor agensi berita Anadolu.

“Presiden Trump membuat panggilan dengan Thailand dan Kemboja dalam usaha untuk menjadi orang tengah dalam konflik terbaru. 

“Beliau turut berhubung dengan Malaysia bagi membantu menamatkan keganasan,” kata seorang pegawai di White house, Washington DC.

Pegawai itu tidak menamakan individu yang dihubungi Trump.

Namun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah bercakap dengan Trump dan menekankan bahawa kedua-dua negara telah menarik balik pasukan tentera masing-masing dari kawasan sempadan, selaras dengan pendekatan yang dipersetujui di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

“Oleh itu, saya mengalu-alukan peranan aktif Presiden Trump yang turut menghubungi Perdana Menteri Kemboja (Hun Manet) dan Thailand (Anutin Charnvirakul) bagi memastikan sebarang perbezaan ditangani secara teratur untuk menjamin kestabilan dan keharmonian serantau,” katanya di platform X.

Seorang orang awam terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertempuran rentas sempadan antara Thailand dan Kemboja pada Rabu lalu dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan, hanya beberapa hari selepas Thailand menggantung perjanjian damai.

Kemboja memindahkan ratusan penduduk dari kampung Prey Chan selepas insiden itu, kata jurucakap wilayah Norng Vuthy kepada wartawan kelmarin,  lapor akhbar CamboJA News.

Tentera Diraja Thailand menafikan bahawa tentera Thai terlibat dalam tembakan tanpa provokasi dan berkata, askar-askar Kemboja telah melepaskan tembakan ke dalam wilayah Thai.

Pasukan Thailand berlindung dan membalas tembakan ke arah sumber serangan dengan menggunakan kekuatan yang perlu sahaja mengikut peraturan pertempuran bagi mengekang insiden tersebut, melindungi kedaulatan negara dan memastikan keselamatan anggota,” kata tentera Thai di platform media sosial AS, Facebook. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI