fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar pelupusan dadah di IPK Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Dadah RM10.3 juta dilupuskan, paling banyak ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sejumlah 596.2 kilogram (kg) bersama 2,744 liter dadah dilupuskan hari ini, setelah selesai proses mahkamah sepanjang lima tahun bermula tahun 2020.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, nilai keseluruhan dadah bernilai RM10.3 juta dengan ganja paling banyak dilupuskan dengan berat 379.5 kg.

Katanya, dadah lain adalah syabu (114 kg), serbuk ekstasi (27 kg), methylenedioxymethamphetamine (MDMA) sebanyak 18.5 kg, heroin (16.5 kg), serbuk disyaki dadah (6.5 kg), erimin 5 (3 kg), ketamin (2.5 kg), pil ekstasi (2.2 kg), cecair disyaki dadah (1,950 liter) serta kodein (4 liter).
“Kesemua dadah ini akan dihantar ke tapak pelupusan dadah melalui syarikat yang dilantik kerajaan iaitu Cenviro Sdn. Bhd. di Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Turut dilupuskan adalah sebanyak 12,178 kertas siasatan bagi tempoh 1995 hingga 2019 yang telah selesai proses perbicaraan di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Tegas beliau, ini seterusnya menyangkal dakwaan tidak berasas mana-mana pihak yang menuduh polis menjual semula atau melepaskan dadah yang dirampas ke pasaran.

Jelas Shazeli, tuduhan sebegitu boleh menjejaskan imej serta kepercayaan terhadap pasukan keselamatan yang komited memerangi jenayah narkotik.

Dalam perkembangan sama, Shazeli turut memaklumkan, sebanyak 30,214 kertas siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Racun 1952 telah dibuka dalam tempoh 10 bulan tahun ini.

Ujarnya, bagi tempoh sama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor telah menangkap 34,010 orang berkaitannya.

“Daripada jumlah itu, 775 individu merupakan pengedar dadah manakala 102 yang terlibat dalam sindiket pengedaran telah dikenakan tindakan pencegahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sitaan pelbagai jenis aset dan sumber kewangan dianggarkan bernilai RM18.32 juta telah dilaksanakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dalam usaha melumpuhkan rangkaian sindiket dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI