fbpx
Proton e.Mas 5

Proton e.Mas 5 terima lebih 10,000 tempahan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kenderaan elektrik (EV) Proton e.Mas 5 mendapat lebih 10,000 tempahan di seluruh negara sejak dilancarkan pada 30 Oktober lalu.

Lembah Klang mencatat jumlah tempahan paling tinggi diikuti dengan bahagian selatan dan utara manakala permintaan dari Sabah, Sarawak dan pantai timur juga menunjukkan adanya peningkatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pencapaian ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik dalam kalangan pengguna Malaysia.
Beliau berkata, setiap tempahan yang diterima melambangkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan pihaknya untuk menawarkan Proton e.MAS 5 dengan kualiti dan piawaian tertinggi.

“Sebagai pengeluar automotif nasional, kami akan terus komited untuk memastikan mobiliti elektrik menjadi lebih mudah diakses, boleh dipercayai dan relevan untuk semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut maklum balas daripada pusat pengedar, majoriti pelanggan Proton e.MAS 5 terdiri daripada golongan profesional yang memilih model ini sebagai kenderaan utama untuk kegunaan harian.

Pada masa yang sama, sebilangan besar pembeli menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan kedua dalam keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, Proton e.MAS 7 juga telah mencatat jualan sebanyak 7,413 unit, merangkumi 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit eksport setakat 31 Oktober lalu.

“Kami benar-benar menghargai sokongan padu yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 dan kini Proton e.MAS 5,” ujar Zhang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN