fbpx
Perkongsian mengenai pelajar yang menjadi mangsa buli mendapat perhatian Asyraf Wajdi.

Pelajar dibuli sejak tingkatan satu bakal sambung belajar di GiatMara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kisah remaja perempuan yang tular selepas didakwa menjadi mangsa buli di sekolah hingga terpaksa berhenti belajar, akhirnya menerima khabar gembira apabila bakal menyambung pengajiannya di GiatMara.

Perkara itu dimaklumkan oleh aktivis sosial, Afiq Noordin yang sebelum ini berkongsi kisah pelajar berusia 17 tahun itu di media sosialnya hingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi kemas kini di ruang komen, Afiq memaklumkan bahawa dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan GiatMara, pelajar berkenaan akan didaftarkan untuk mengikuti kursus jurusan Kulinari.
“Terkini, dengan kerjasama pihak Mara dan GiatMara, kita akan daftarkan adik ini untuk sambung belajar dalam jurusan Kulinari. Sikit saja lagi, insya-Allah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki atas bantuan yang diberikan kepada pelajar berkenaan.

“Terima kasih Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk bantuan ini. Ayuh kita korek lagi kes-kes bawah karpet yang belum selesai sehingga mangsa mendapat
pembelaan sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pelajar dikenali sebagai Hakifays menjadi mangsa buli sejak Tingkatan Satu hingga terpaksa berhenti sekolah tahun lalu selepas didakwa dihina oleh rakan-rakan dan guru sendiri.

Perkongsian berkenaan kemudian mendapat perhatian Asyraf Wajdi yang meminta maklumat terperinci mengenai pelajar berkenaan pada hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN