fbpx
Tangkap layar video tular menunjukkan mangsa di dalam ambulans sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung petang tadi.

Adik tetak kepala abang dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang lelaki parah setelah kepalanya cedera dipercayai ditetak adiknya ketika sedang bergaduh di sebuah rumah di Ayer Rawat, Sitiawan dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.30 petang.

“Mangsa yang berumur 56 tahun mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

“Bertindak atas maklumat, polis Ayer Rawat telah menangkap seorang lelaki bersama sebilah parang disyaki digunakan suspek dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Hasbullah berkata, siasatan polis mendapati mangsa adalah abang kepada suspek dan suspek tinggal serumah dengan abangnya.

“Punca pergaduhan disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menendang pintu bilik air ketika anak perempuan suspek masih berada di dalam bilik air tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hasbullah berkata, orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan kes itu dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Munawarah Ahmad di talian 011-1624 0391.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI