fbpx
Jalan Kenari di Sungai Ara, Pulau Pinang yang sedang dalam proses pembaikan selepas berlaku insiden lubang benam pada 4 November lalu.

Jalan Kenari dibuka semula Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jalan Kenari di Sungai Ara yang ditutup sepenuhnya sejak 4 November lalu susulan kejadian lubang benam (sinkhole) dijangka dibuka semula kepada pengguna jalan raya pada 10 November ini tertakluk kepada keadaan semasa di tapak.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pembukaan semula jalan berkenaan hanya akan dilakukan selepas pihak berkuasa memastikan keselamatan awam benar-benar terjamin.

”Kerja-kerja siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti lokasi sebenar kebocoran paip yang dipercayai menjadi punca kejadian.

”Buat masa ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Indah Water Konsortium (IWK) sedang menjalankan siasatan serta kerja pembaikan di tapak,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini berlaku kejadian lubang benam melibatkan kawasan berukuran kira-kira 5 meter panjang, 3.5 meter lebar dan 1.9 meter dalam di hadapan SMK Sungai Ara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI