fbpx
Mohamed Azlin menunjukkan kecederaan akibat digigit anjing liar ketika ditemui Kosmo! di Taman Impian Jaya hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Lelaki cedera digigit anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang lelaki cedera di kaki kanan akibat digigit seekor anjing liar ketika menunggang motosikal di Taman Nuri di Gemencheh, di sini petang semalam.

Mangsa, Mohamed Azlin Mohamed Yunus, 44, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anak sulungnya ke tempat tuisyen.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal saya dikejar tiga ekor anjing yang keluar dari belakang kereta yang diparkir. Salah seekornya menggigit kaki kanan saya. Saya hanya memakai selipar jadi ada koyakan kulit kaki.

“Dalam keadaan kaki berlumuran darah, saya gagahkan diri pulang ke rumah sebelum pergi ke klinik berdekatan kerana bimbang terkena jangkitan,” katanya ketika ditemui di Taman Impian Jaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Suhaimizan Bizar berkata, beliau mengarahkan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah anjing liar untuk memastikan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI