fbpx
CHRISTOPHER

Lari rumah takut kena ganti duit ibu gagal ujian B2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang remaja lelaki bertindak keluar dari rumahnya di Bukit Katil di sini selepas merajuk dengan gurauan ibunya yang memintanya membayar semula kos ujian lesen memandu motosikal (B2) sekiranya enggan mengulangi ujian itu selepas gagal sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan hilang sejak 1 November lalu, namun dia berjaya dikesan selepas orang awam menyalurkan maklumat melihatnya di sebuah restoran di mukim sama, semalam.

“Seorang lelaki telah memaklumkan terjumpa remaja itu pada pukul 12.45 tengah malam dalam keadaan mundar-mandir mencari arah di hadapan rumahnya dan apabila ditanya dia beritahu mahu makan di sebuah restoran berhampiran.

“Soal siasat bersama pekerja kedai makan tersebut mengatakan remaja itu ada datang berseorangan dan makan telur serta air suam sahaja sebelum beredar menghala ke Tehel dengan berjalan kaki,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di restoran mengesahkan identiti orang hilang (OH) dan pada pukul 9.50 malam semalam, pihaknya turut dimaklumkan bahawa dia kembali ke premis sama.

“Pada pukul 10.05 malam dia dijumpai dalam keadaan baik dan sihat.

“Hasil soal siasat, remaja itu memberitahu dia ada mengikuti ujian memandu lesen B2 di Bukit Katil, namun gagal dan ibunya memintanya membuat ujian semula atau dia perlu bayar semula duit wanita itu. Namun, ia sekadar gurauan sahaja,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI