fbpx
HAALAND kini sudah meledak 13 gol daripada 10 perlawanan EPL musim ini termasuk dua ke atas Bournemouth awal pagi semalam. - AFP

Haaland kini sebaris Messi, Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Bournemouth 3-1 di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Dua gol menerusi penyerang sensasi, Erling Haaland selain satu jaringan daripada Nico O’Reilly berjaya melonjak kedudukan City ke tangga kedua, namun masih ketinggalan enam mata di belakang The Gunners.

Pengurus City, Pep Guardiola menghamburkan pujian kepada Haaland atas aksi yang dipamerkan selain menyifatkan ‘mesin gol’ Norway itu berada setaraf dengan ikon bola sepak dunia, Lionel messi dan Cristiano Ronaldo.

“Jika anda bermain bersama Messi atau Ronaldo, perkara seperti inilah yang anda akan saksikan. Dia (Haaland) memiliki pengaruh cukup besar dalam pasukan dan ia dibuktikan menerusi jaringan.

“Messi dan Ronaldo melakukan perkara seperti ini selama 15 tahun tetapi Haaland sudah berada di tahap itu. Dia memiliki naluri untuk melakukan jaringan, saya bangga untuk menjadi jurulatihnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga gembira dengan aksi ditampilkan Rayan Cherki yang dilihat cukup selesa membantu serangan pasukan sehingga berjaya melakukan dua umpanan kepada Haaland.

“Dia memiliki visi yang cukup baik ketika berada di kawasan pemain lawan selain mempamerkan aksi konsisten. Kami mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk mendapatkan rentak sebenar,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI