fbpx
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji kepada Pengasas Qashwa Travel Sdn Bhd, Ustaz Nabil Deraman (dua kanan) pada Majlis Serahan Lesen PJH Musim Haji 1447H di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Qashwa Travel dapat lesen PJH lepas 9 tahun bawa jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Sembilan tahun yang berbaloi buat agensi pelancongan mesra muslim, Qashwa Travel Sdn. Bhd. (Qashwa Travel) apabila mereka akhirnya ditawarkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1447H.

Pengasas Qashwa Travel, Nabil Deraman berkata, pihaknya bersyukur atas kepercayaan diberikan Tabung Haji (TH) kepada agensi pelancongan itu.

Beliau berkata, pihaknya beriltizam untuk menjadi antara pengelola jemaah haji terbaik dengan menawarkan perkhidmatan yang terbaik demi menyahut seruan Allah.

“Ibadah haji ini perlu disempurnakan kerana Allah, dan kami mengambil tanggungjawab besar untuk memastikan setiap urusan jemaah berjalan lancar dan teratur.

“Kami bersedia menawarkan pakej yang bertanggungjawab serta beriltizam menyantuni dan membimbing bakal tetamu Allah bagi musim haji 1447H,” katanya ketika ditemui pada Majlis Serahan Lesen PJH Musim Haji 1447H, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 50 jemaah menerima tawaran awal haji bagi melayakkan mereka menerbangkan kumpulan pertama jemaah haji tahun depan.

Nabil berkata, pihaknya bersyukur mendapat peluang terbabit memandangkan kriteria ketat ditetapkan TH bagi membawa jemaah haji tahun depan.

Menurutnya, pemilihan dibuat berdasarkan beberapa faktor utama termasuk perkhidmatan cemerlang diberikan kepada jemaah umrah, rekod tanpa sebarang aduan dan kemampuan pasukan dalam menguruskan jemaah haji.

“Menguruskan jemaah haji tidak sama dengan umrah kerana ia memerlukan pengalaman luas, komitmen tinggi dan kemampuan menyeluruh.

“Buat masa ini, kami belum dapat berkongsi butiran pakej kerana masih menunggu kelulusan daripada TH kerana ia perlu dibuat dengan teliti demi perkhidmatan terbaik kepada jemaah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI