fbpx
Gusmao berarak dan disambut meriah oleh rakyat Timor-Leste sekembalinya dari Malaysia, semalam selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

[VIDEO] PM Timor-Leste berarak, disambut sebagai wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketibaan Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao ke negaranya malam tadi, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, disambut meriah oleh rakyat Timor-Leste.

Menerusi video-video yang tular di media sosial, Gusmao dilihat berdiri di dalam sebuah kenderaan serta berarak di hadapan rakyat Timor-Leste yang berdiri dan menunggunya di sepanjang jalan.

Gusmao dilihat tersenyum dan melambai tangan ke arah rakyat terdiri daripada pelbagai usia daripada kanak-kanak dan dewasa. Menerusi ruangan komen, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berkongsi kegembiraan yang sama dengan mengucapkan penghargaan kepada Timor-Leste lebih-lebih lagi negara itu kini menjadi anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 kali ini.

“Semoga negara Timor-Leste lebih maju dan makmur selepas sertai ahli ASEAN,” kata pengguna TikTok Fuad.

“Suasana ini mungkin biasa bagi kita yang lahir-lahir terus semuanya dah terhidang depan mata. Negara dah lama merdeka, negara dah aman makmur, namun betapa besar maknanya bagi pejuang kemerdekaan ini. Mereka generasi pertama kemerdekaan, negara mereka jauh ketinggalan daripada pembangunan. Maka bersyukurlah kita pertahankan keamanan ini walaupun dengan nyawa,” kata Abby.

“Kita sebak sebab kita Malaysia. Allah dah beri kita kesenangan, negara aman dari kecil. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. Ucaplah sentiasa, alhamdulillah,” kata Ummu Aisyah Al Ghanna.

Kosmo! melaporkan, penantian selama 14 tahun Timor-Leste untuk menjadi ahli ke-11 blok serantau menjadi kenyataan apabila negara tersebut kini sah secara rasmi menjadi anggota ASEAN.

Peristiwa bersejarah itu tertulis pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 26 Oktober lalu selepas kesemua pemimpin negara-negara ASEAN menyempurnakan Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

@cyberjayaviral Ramai orang timor leste sayangkan PM mereka #asean2025 #xananagusmao ♬ wali band ya Allah – Muhamad albie away

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI