fbpx
Antara pengunjung yang ditemui di sekitar taman rekreasi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

ASEAN ke-47: ‘Kami teruja nak lihat Trump’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penutupan jalan dan pengangkutan awam tidak menghalang orang ramai hadir ke ibu negara bagi merasai suasana Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tinjauan Kosmo! di lokasi, mendapati pusat belah Suria KLCC serta sebahagian kawasan taman rekreasi di sini masih dibuka kepada orang awam.

Malah, segelintir orang awam turut dilihat berada di pekarangan taman KLCC bagi menyaksikan kehadiran pemimpin negara antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Seorang pengunjung, Sophia Adam, 28, berkata, dia yang tinggal di Jalan Binjai datang ke KLCC hari ini untuk melihat perkembangan sidang berprestij itu.

“Kami sering ke sini untuk beriadah, tapi hari ini kami datang untuk lihat suasana Sidang Kemuncak ASEAN.

“Selalu kami lihat dalam televisyen sahaja, tak sangka dapat peluang tengok pemimpin-pemimpin dunia berhimpun,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, antara pemimpin yang dinantikan adalah Trump memandangkan ia merupakan kehadiran kali pertama pemimpin besar itu ke Malaysia.

Katanya, meskipun terdapat segelintir pihak yang membantah perkara tersebut, namun dia menyifatkan kehadiran Trump sebagai satu pencapaian dan momen bersejarah.

Sementara itu, dua pengunjung Syifa Roslan, 25, dan Ahna Alzahari, 25, tidak melepaskan peluang untuk merasai suasana sempena persidangan berkenaan.

Menurut mereka, melihat Malaysia menjadi tumpuan dunia adalah sesuatu yang membanggakan.

“Kami memang rancang nak datang sini hari ini. walaupun jalan tutup dan terpaksa parkir kereta jauh, tapi ini peluang sekali seumur hidup,” jelasnya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini hingga 28 Oktober menjadi tumpuan diplomatik dunia apabila menghimpunkan pelbagai pemimpin antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN