fbpx
Sebahagian lapan suspek termasuk seorang usahawan hartanah yang direman bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

[VIDEO] Usahawan hartanah antara lapan diberkas polis kes gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seramai lapan lelaki termasuk seorang usahawan hartanah bergelar Datuk ditahan polis semalam bagi membantu siasatan terlibat dalam pergaduhan yang tular di media sosial.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun ditahan ketika memberi keterangan di sebuah balai polis di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @Abu berkata, penahanan tersebut berikutan aduan dibuat seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa dalam insiden berlaku pada kelmarin.

“Mangsa mendakwa mengunjungi rumah salah seorang suspek di Jerteh di sini bagi membincangkan salah faham antara mereka.

“Dakwanya, suspek kemudiannya memintanya memasuki rumah sebelum memanggil ahli keluarganya yang lain selepas dia enggan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan turut membuat video siaran langsung di media sosial menggunakan telefon menyebabkan berlaku kekecohan dan pergelutan.

“Pergelutan itu menyebabkan telefon bimbit mangsa didakwa dirampas salah seorang ahli keluarga suspek.

“Mangsa juga mengalami kecederaan dan lembam pada bahagian kepala, siku, jari kiri dan belakang badan akibat pergelutan terbabit serta keretanya dirosakkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI