fbpx
UNITED turun dengan misi mengekalkan rentak kemenangan menjelang aksi menentang Brighton tengah malam ini di Old Trafford. - AFP

EPL: United lupakan kemenangan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menegaskan, skuad kendaliannya kini memberikan sepenuh tumpuan terhadap aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di Old Trafford awal pagi esok.

Skuad The Red Devils kini berada dalam momentum terbaik selepas mencatat kemenangan ke atas musuh tradisi yang merupakan juara bertahan, Liverpool 2-1 pada aksi di Anfield minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau menggesa barisan pemainnya supaya melupakan kemenangan ke atas Liverpool kerana ia sudah pun berlalu selain menganggap Brighton bukanlah lawan yang boleh dipandang rendah.

“Memang kemenangan ke atas Liverpool merupakan hari yang cukup indah buat kami dan sangat bermakna buat pasukan tetapi ia sudah tidak memberikan sebarang makna ketika melayan kunjungan Brighton.

“Itu akan menjadi satu perlawanan yang baharu dan semua pemain perlu memberikan sepenuh tumpuan. Kita semua tahu bahawa Brighton boleh melakukan apa sahaja jika kami leka atau lalai,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol United, Senne Lammens yang menampilkan aksi cemerlang dengan menafikan beberapa percubaan Liverpool berharap mampu untuk mengekalkan prestasi sama ketika berdepan Brighton.

“Saya sentiasa mengerah kemampuan ke tahap maksimum selain memberikan tumpuan sepenuhnya dalam setiap perlawanan. Untuk aksi menentang Brighton, saya akan cuba kekalkan prestasi itu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI