fbpx
Hobi memancing tidak dapat ditinggalkan oleh Mok dan cucunya.

Aktiviti memancing untuk semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kamariah Haron, 70, atau lebih mesra dipanggil Mok sememangnya seorang yang tegar memancing sejak berpuluh tahun lamanya terutamanya ketika hayat suaminya.

Apabila suaminya sudah tiada, hobi memancing bersambung pula bersama anaknya, Mohd. Nasro Walilah atau Wali.

Kalau dahulu Mok hanya berbekalkan batang bertam untuk memancing, kini dia bertukar kepada joran teleskopik yang dihadiahkan oleh anaknya sebagai pengganti.

Ikan green chromide (GC)
Kehadiran ikan pendatang GC di perairan Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan membuatkan Mok teruja untuk memancing sehingga menjadi ketagihan buatnya.

Jadi, hampir setiap pagi Jumaat atau Sabtu, Mok akan keluar memancing ikan GC dengan ditemani oleh Wali bersama menantu dan cucu-cucunya.

Tempat yang santai dan dapat meluangkan masa berkelah dan memancing bersama keluarga itu lebih dihargai oleh Mok.

Ikan siakap merah juga makan umpan roti, Mok tersenyum puas sambil diperhatikan dari jauh oleh besannya.

Teknik digemari Mok sudah tentulah yang paling mudah iaitu berpelampung dengan menggunakan joran teleskopik.

Tiga mata kail pada satu perambut menjadi taruhan Wali, manakala Mok menggunakan satu mata kail sahaja kerana mudah baginya untuk mengendalikannya.

Roti Gardenia pula menjadi umpan utama memancing ikan GC dan lebih sesuai dipotong dadu sebelum disematkan pada mata kail.

Keluarga gembira
Bagi seorang anak, melihat ibunya tersenyum, ketawa gembira dengan hasil tangkapannya sudah cukup membahagiakan.

Kegembiraan juga berkali ganda kerana ibu mentuanya turut serta memancing.

Sebaik sahaja sampai ke lokasi, Wali cepat-cepat menyiapkan peralatan pancing untuk Mok dan ibu mentuanya, Ma.

Seperti biasa, Mok cepat-cepat hulurkan umpannya sambil menyuruh besannya melakukan perkara sama.

Belum sempat besannya melabuhkan umpan, Mok sudah melakukan sentapan dan ikan yang memakan umpannya melambung melayang ke udara sambil terkontang-kanting di hujung joran untuk melepaskan diri.

Tidak sampai satu jam memancing, sudah banyak ikan GC dinaikkan.

Selain GC, ikan kitang juga berjaya dipancing termasuklah seekor ikan siakap merah yang makan umpan roti.

Walaupun sesi memancing sekeluarga ini tampak ‘simple’, tetapi besar ertinya bagi mereka untuk mengukuhkan ukhuwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN