fbpx
FAISAL dianggap sebagai ancaman utama Persib ketika prestasinya kembali berada pada tahap terbaik.

Persib Bandung bimbang ancaman Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENINGKATAN prestasi bintang Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim mengundang gerun buat kelab Indonesia, Persib Bandung apabila kedua-dua pasukan akan bertemu dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, malam esok.

Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak sudah pun memberikan kata dua kepada pemainnya tentang ancaman yang mampu dijelmakan oleh Faisal dan menuntut fokus 100 peratus bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

Sebagai individu yang pernah melatih pasukan di Malaysia, Hodak nyata cukup ‘masak’ dengan kualiti pemain di negara ini dan mengakui Selangor sedang berada prestasi terbaik.

“Selangor ialah pasukan yang bagus, mereka bermain dengan sangat baik dan baharu memenangi perlawanan. Mereka memiliki pemain yang sangat berkualiti dan baharu sahaja menggantikan jurulatih.

“Selangor dilihat begitu bahaya ekoran mempunyai pemain yang pantas. Selain itu, Faisal Halim juga ketika ini dalam momentum terbaik dan menjadi aset untuk mencetak gol, jadi kami harus mencari jalan dan memperkuat barisan pertahanan,” katanya.

Ketika ini, Faisal dianggap mula menemui sentuhan sebenarnya dan berada ada prestasi terbaik, meledak jaringan dalam dua aksi menentang Laos dan turut menghasilkandua gol ketika wakili Selangor FC yang tewaskan Negeri Sembilan di pentas Piala FA.

Selepas dua perlawanan awal Kumpulan G ACL 2, Persib Bandung kini menghuni kedudukan kedua, berkongsi empat mata dengan wakil Singapura, Lion City Sailors manakala The Red Giants ketiga dengan tiga mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN