fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka menunjukkan seorang warga emas wanita sedang berjalan di kawasan sibuk dengan kenderaan untuk pulang ke rumahnya di sebuah flat di Johor Bahru.

[VIDEO] ‘Alhamdulillah, terima kasih tolong nenek tu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang warga emas berjalan seorang diri pada waktu malam di laluan utama yang sibuk dengan kenderaan meraih perhatian pengguna media sosial.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan seorang pengguna TikTok Faizal Danial, wanita tersebut dikatakan baru mengambil ubat di hospital dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan flat di Johor Bahru.

Menerusi video itu, kelihatan wanita itu sedang berjalan di bahu jalan sebelum Faizal Danial memberhentikan keretanya dan menumpangkannya warga emas tersebut ke rumah.

“Tengah memandu nak balik rumah, tiba-tiba jumpa macam ni. Apa perasaan korang (kalian)? Bahaya betul malam-malam macam ni, kereta motosikal semua laju,” katanya menerusi kapsyen video.

Berdasarkan perbualan lelaki itu bersama nenek tersebut, warga emas itu memaklumkan dia baru pulang mengambil ubat di hospital.

“Mak cik dah dua kali jalan. Hospital lambat ambil ubat, pergi pukul 5.30 petang tadi,” katanya.

Menerusi ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai maklum balas selain ada yang memaklumkan pernah berhasrat mahu membantu warga emas tersebut, namun tidak kesampaian.

“Ya Allah, nenek inilah yang kita nak hantar sebab biasa ke kecemasan (jabatan). Kebetulan kita lambat siap (urusan pemeriksaan), masa nak hantar tengok dah tak ada,” kongsi Mrswife Anissyaiful.

“Rasa nak gugur jantung tengok acik susur tepi macam tu. Kereta (dan) motosikal laju,” kata Fiqa.

Dalam masa sama, ada pengguna TikTok berterima kasih kepada Faizal Danial kerana membantu menumpangkan wanita itu pulang ke rumah.

“Alhamdulillah, terima kasih tolong nenek tu,” kata Eyda. – KOSMO! ONLINE

@faizal_danial Tengah drive nak balik rumah, tiba2 jumpa macam ni apa perasaan korang.?? Bahaya betul malam2 macam ni, kereta motor semua laju2..🥹🥹 #CapCut #fyp #fy #viraltiktok #johor #johorbahru #tiktok #viral #viral @mStar Official @Oh My Media @Sinar Harian @Daily Johor @Onn Hafiz ♬ original sound – F•DANIAL🇵🇸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI