JAKARTA – Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan menerima kecaman orang ramai selepas dirakam mencekik dan mengasari seorang pekerja kontrak, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Pejabat Kependudukan dan Catatan Sipil (Dukcapil) Pinrang semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lasinranginfo menunjukkan ahli DPRD dikenali sebagai Mansur itu menghampiri seorang wanita yang sedang duduk di kaunter pertanyaan.
Mansur kemudian mencekik dan memukul mangsa sebelum beredar dengan menunggang motosikal.
Mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada polis.
“Saya masih di balai polis untuk melengkapkan laporan saya,” katanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 11,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kenapa perlu cekik?” kata seorang netizen. – AGENSI