fbpx
LIVERPOOL terdesak untuk menamatkan rentetan kekalahan selepas tiga perlawanan dalam pertemuan menentang United malam ini. - FB LIVERPOOL FC

EPL: Liverpool tak sanggup hadapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Liverpool tidak rela mengalami kekalahan keempat berturut-turut menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United yang akan berlangsung di Anfield malam ini.

The Reds berada dalam situasi tidak menentu ketika ini selepas tewas tiga kali berturut-turut, termasuk kalah kepada Crystal Palace dan Chelsea pada aksi EPL serta Galatasaray di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dua kekalahan kepada Palace dan Chelsea menyaksikan juara bertahan Liga Perdana itu terpaksa berpuas hati menghuni tangga kedua, hanya satu mata dipisahkan dengan pendahulu yang juga pencabar terdekat, Arsenal.

Pengurus Liverpool, Arne Slot menggesa anak-anak buahnya supaya bangkit selain membuktikan bahawa mereka layak untuk menyarung jersi pasukan iti yang dianggap antara pasukan terbaik di England.

“Tidak kira siapakah lawan yang akan ditemui Ahad nanti (malam ini) tetapi pemain-pemain perlu sedar bahawa mereka bermain untuk Liverpool. Mereka juga tahu pasukan sudah kalah tiga kali berturut-turut.

“Saya tidak mengambil kira siapakah lawan kami, yang penting saya mahu melihat reaksi daripada semua pemain. Bagaimanapun, saya percaya mereka sentiasa berikan segala-galanya dalam setiap perlawanan,” katanya.

Pada masa sama, Liverpool dilabelkan sebagai pilihan untuk mengutip tiga mata malam ini berdasarkan rekod baik mereka di gelanggang sendiri, iaitu hanya tewas sekali dalam tempoh 18 bulan bagi aksi Liga Perdana.

Sementara itu, aksi menentang United juga dianggap sebagai peluang terbaik buat penyerang, Alexander Isak untuk mempamerkan kemampuan sebenar selepas mengharungi aksi cukup hambar sejak menyertai Liverpool.

Setakat ini, bekas bintang Newcastle United itu tewas lima kali berturut-turut, termasuk tiga perlawanan bersama Liverpool selain gagal membantu Sweden memenangi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Tambah Slot, tempoh ‘bulan madu’ Isak sudah pun berakhir dan prestasinya akan dinilai sewajarnya selepas dia diberikan peluang menjalani aksi ‘pramusim’ dalam perlawanan-perlawanan terdahulu.

“Saya fikir dia (Isak) sudah diberikan masa lima atau enam minggu untuk menjalani aksi ‘pramusim’. Dari aspek kecergasan, saya fikir dia sudah hampir untuk kembali ke tahap terbaik, jadi inilah masa untuk menilai,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI