SHAH ALAM – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad mendedahkan pengasas ajaran sesat biasanya menjanjikan syurga dengan jalan pintas menerusi ilmu hakikat dan makrifat sehingga menimbulkan andaian bahawa pengikut mereka sudah bersatu dengan Tuhan dan tidak lagi perlu menunaikan solat. Ketika ditanya mengenai pemilihan Selangor sebagai pusat ajaran sesat, beliau berkata, negeri ini merupakan tempat strategik kerana berlakunya migrasi. “Selain itu, bidang pendidikan juga tertumpu di Lembah Klang khususnya di Selangor. Di sinilah potensi, cabaran dan……