fbpx
MUHAMMAD NAQIB (tengah) di samping jurulatihnya ketika menerima anugerah pingat emas di pertandingan PolyCCSkills 2025 baru-baru ini.

Polimas ungguli PolyCCkils 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

POLITEKNIK Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) mengungguli Pertandingan Kemahiran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (PolyCCSkills) 2025 apabila membolot lima pingat dalam acara di kampusnya di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Politeknik tersebut meraih pingat emas bagi acara cabinet making selain pingat perak untuk carpentry serta agro dan gangsa menerusi acara mechatronics dan teknologi dron (drone technology),

Pertandingan empat hari berlangsung di Dewan Sri Mas, Polimas itu dengan penyertaan lebih 700 pelajar dari seluruh negara dengan sebanyak 41 bidang kemahiran dipertandingkan merangkumi kejuruteraan, teknologi, sains sosial dan perkhidmatan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Shamsuri Abdullah yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dalam ucapannya, Dr. Shamsuri berkata, PolyCCSkills adalah medan penting untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu bersaing dalam pasaran industri.

“PolyCCSkills bukan sekadar pertandingan, sebaliknya platform membina keyakinan dan jati diri pelajar. Kemahiran adalah aset paling berharga,” katanya.

Polimas meraih emas menerusi Muhammad Naqib Mohd. Nizam dalam acara cabinet making. Dua pingat perak disumbangkan oleh Muhammad Syimi Iffat Mohd Suhaizam (carpentry) dan Mohamad Zairul Fitrie Zainol Abidin (agro). Sementara itu, dua pingat gangsa dimenangi gandingan Muhammad Syahmi Irwan Soriman dan Ameer Mujahid Abdul Hamid (mechatronics) serta Muhammad Nur Haikal Mohd. Nor Shahwal dan Abdul Gaffar Jabbar (teknologi dron).

Menurut pelajar Diploma Seni Bina, Muhammad Naqib, 19, persediaan awal dengan bimbingan daripada dua jurulatih bagi projek tersebut membuahkan hasil, sekali gus memberikan kemenangan kepadanya.

“Perbincangan dengan jurulatih sehingga ke hari pertandingan banyak membantu saya menghasilkan produk tanpa tekanan dan mengikut waktu ditetapkan.

“Jurulatih juga menyediakan latihan intensif seminggu sebelum pertandingan sebagai persediaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu menurut jurulatihnya, Shahrul Che On, pertandingan kali ini amat sengit apabila buat pertama kali menggabungkan peserta dari politeknik dan kolej komuniti.

“Alhamdulillah, misi kami untuk memastikan produk bagi setiap kategori disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan ketika acara sebenar. Pelajar mengadakan latih tubi sebelum pertandingan dan mereka berjaya,” katanya.

Pertandingan itu turut menyaksikan pelajar lain dinobatkan dalam anugerah-anugerah utama yang lain iaitu Jari Emas dimenangi Nurul Atika Shira Masiran (Politeknik Ibrahim Sultan), Minda Emas disampaikan kepada Mohamad Haris Ikhwan Muhamat Zawal (Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin) dan Tangan Emas dimenangi oleh Muhammad Adam Haqimi Othman (Kolej Komuniti Bandar Baharu).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN