fbpx
Fadhlina tiba di JPN Melaka dipercayai bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes membabitkan seorang pelajar perempuan dinoda secara bergilir-gilir oleh empat pelajar senior. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Fadhlina tiba di JPN Melaka kes pelajar ‘ditindih’ dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tiba di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka pada pukul 9.45 pagi tadi dipercayai bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang mendakwa dinoda secara bergilir-gilir oleh empat pelajar senior.

Turut kelihatan dalam lawatan yang dilakukan secara tertutup itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Mohd. Azam Ahmad dan Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Empat pelajar lelaki tingkatan lima ditahan semalam bagi membantu siasatan kes tersebut. Mereka direman selama enam hari bermula semalam sehingga 16 Oktober ini bagi untuk siasatan lanjut.

Kes itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah dalam daerah Alor Gajah dan menggemparkan masyarakat selepas rakaman insiden tersebut tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan, kesemua suspek berusia 17 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI