fbpx
Sembilan delegasi Malaysia yang menyertai Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Semua delegasi Malaysia dijangka pulang Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesemua sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini selepas selesai urusan di Istanbul, Turkiye.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, berkata, pihaknya menerima pengesahan daripada Wisma Putra bahawa kesemua aktivis terbabit akan tiba di Istanbul pada jam 12.30 tengah malam ini.

Kataya pihaknya turut menghantar wakil ke Istanbul bagi menyambut ketibaan sembilan aktivis tersebut.

“Kesemua aktivis dijangka pulang ke Malaysia pada Ahad ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, delegasi Malaysia yang terlibat ialah Profesor Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Maziah Muhammad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.

Terdahulu, Kamarul Zaman berkata, kesemua aktivis Malaysia berada dalam keadaan sihat berdasarkan laporan terkini yang diterima sebelum ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN