fbpx
AKTIVISI kemanusiaan, Farah Lee memperkenalkan pemakaian tudung menggunakan baju-T sebagai tanda solidariti terhadap wanita Muslim yang dinafikan hak bertudung ketika dalam tahanan Israel.

Cantik pula trend tudung baju-T Farah Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANJANG dua minggu ini, cerita tentang aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) membanjiri semua media sosial.

Paling mencuri tumpuan pastinya perkongsian pengalaman mereka dilayan kejam ketika menjadi tahanan rejim Zionis.

Antara yang membuatkan ramai marah apabila tudung yang dipakai aktivis wanita direntap oleh Zionis sehingga ada aktivis lain yang memberi baju-T untuk menutup kepala mereka.

Menariknya, baju-T tersebut dipakai dengan cara tersendiri sehingga kelihatan seperti menyarung sehelai tudung.

Gaya tersebut turut dipakai oleh salah seorang aktivis iaitu Farah Lee dan orang awam majlis menyambut kepulangan 23 delegasi Malaysia baru-baru ini sebagai menjadi tanda solidariti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI