PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap menjelang 2028.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemerkasaan Malaysia Aiports Holdings (MAHB) membuka ruang pelaburan lebih besar yang memperkukuh kecekapan pengurusan lapangan terbang negara.
Menurutnya, ‘short take off and landing port’ (STOLport) di Marudi dan Redang juga dinaik taraf dan dijangka siap 2027.
“Projek inter-terminal transfer antara Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 bakal dilaksanakan bagi meningkatkan ketersambungan penumpang.
“Kerajaan Selangor bersama MAHB juga membangunkan Aero Park (SAP) seluas 600 ekar di Sepang sebagai hab logistik dan kargo serantau,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE














