KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan pembekalan aset dan peralatan canggih adalah penting sekali gus membantu pasukan itu menangani kegiatan jenayah di negara ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, perkara itu selari dengan keperluan pasukan terutama untuk masa akan datang.
“(Berhubung Belanjawan 2026), adalah menjadi harapan saya supaya kita diberi perhatian untuk mempentingkatkan diri dengan membekalkan peralatan yang canggih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Khalid berkata, Kerajaan Madani sering memberikan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.
“Pasukan polis juga di bawah sebagai kakitangan awam menerima banyak manfaat, banyak perubahan terutama dari segi tangga gaji dan perhatian melibatkan keperluan,” jelasnya.
Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan hari ini merupakan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang akan menggariskan dasar pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030. – KOSMO! ONLINE














