fbpx
AB RAHAMAN menunjukkan antara dadah yang dilupuskan pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Barang kes, dadah bernilai RM43.54 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis Johor melupuskan pelbagai jenis dadah serta peralatan memproses dadah yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dari tahun 2000 hingga 2024 berjumlah RM43.54 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, ia melibatkan dadah dalam bentuk pepejal seberat 651.8 kilogram (kg) dan dalam bentuk cecair sebanyak 12,243 liter.

“Kesemua barang kes dadah yang dilupuskan membabitkan sejumlah 4,528 kertas siasatan dari tahun 2000 hingga tahun lalu yang telah selesai perbicaraan di Mahkamah.

“Antara barang kes dadah utama terdiri daripada heroin seberat 57.81kg, kanabis 17.1kg, ketamin 94.39kg, methamphetamine 49.65kg, MDMA 105.64kg, Nimetazepam 1.59kg, daun ketum 325.38kg, air ketum 5.120 liter, pil yaba/pil kuda 193.14 gram, cecair vape ‘codeine’ 456.10 gram dan cecair bahan kimia 6,666 liter,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelupusan Bahan Kes Dadah dan Bahan Memproses Dadah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata, kesemua dadah ini jika terlepas ke pasaran boleh digunakan seramai 1.39 juta penagih dadah.

Katanya, pelupusan akan dijalankan di tapak pelupusan Radicare (M) Sdn Bhd di Telok Panglima Garang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI