fbpx
Seorang warden melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya dipenjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

‘Sentuh’ anak tiri, warden penjara dipenjara lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Padah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 14 tahun pada dua tahun lalu, seorang warden penjara dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli juga memerintahkan tertuduh lelaki berusia 42 tahun itu dikenakan empat sebatan atas kesalahan dua pertuduhan tersebut.

Beliau juga mengarahkan tertuduh berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Keputusan demikian diputuskan selepas pihak pembelaan diwakili peguam, Che Muhammad Amir Che Musa gagal menyangkal kes prima facie dikemukakam pihak pemdakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanim Ayim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga anak perempuan tirinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Chendering di sini pada 12.15 tengah malam, 19 Julai 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan telah dipanggil sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI