fbpx
Kamarul Zaman pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan hari ini.

Freedom Flotilla: Dijangka masuk zon kuning tengah malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Pelayaran misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) dijangka memasuki zon kuning di 150 batu nautika pada tengah malam Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, setakat pukul 7 pagi tadi, jarak pelayaran kesemua sembilan kapal berada di 200 batu nautika dari perairan pantai Gaza.

“Mereka sekarang berada di perairan antarabangsa berdekatan Mesir.

“Kapal Conscience membawa lapan delegasi Malaysia akan meneruskan pelayaran dengan knot perlahan untuk belayar seiring dan bergadung dengan lapan kapal lain memasuki zon kuning,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MyCare di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman, pintasan kapal oleh tentera Israel dalam jarak 100 batu nautika dari pantai Gaza iaitu di zon merah.

“Tetapi pertama kali kapal Madleen (pada Jun lalu) dipintas pada 109 batu nautika di luar pada zon merah, jadi sebab itu zon kuning pun berjaga-jaga,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, selain itu kapal pemerhati Shireen Abu Akleh yang membawa pasukan peguam tidak dapat belayar untuk bersama sembilan kapal lain sebelum memasuki zon kuning kerana terdapat kerosakan dan perlu dibaiki di Cyprus.

Kosmo! melaporkan seramai lapan delegasi Malaysia kini sedang belayar di atas kapal Conscience dengan seorang lagi delegasi di atas kapal layar Umm Saad bagi misi FFC x TMTG.

Kapal terbesar Conscience melibatkan 10 kru, 20 wartawan antarabangsa, 21 pakar perubatan, tiga ahli Parlimen Turkiye, 34 aktivis dan enam Jawatankuasa Pemandu FFC.

Delegasi Malaysia diketuai oleh MyCare, manakala seramai 93 peserta dari 22 negara berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.

Secara keseluruhan misi ini melibatkan 150 peserta dari 25 negara termasuk sembilan delegasi Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI