fbpx
Keadaan kereta yang dinaiki lima sekeluarga berkenaan.

Bapa maut, empat parah: Kereta terbabas langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kemalangan maut yang mengorbankan seorang lelaki dan menyebabkan isteri serta tiga anaknya parah berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian kira-kira pukul 2.30 petang didapati kelima-lima menuju rumah di Klang dari daerah ini.

Katanya, kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 39 tahun dipercayai terbabas dan terlanggar tembok pembahagi jalan sebelah kanan di Jalan Persiaran Tengku Ampuan hala Persiaran Kuala Selangor.

“Pemandu kenderaan itu disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.

“Penumpangnya pula terdiri isterinya berusia 38 tahun dan tiga anaknya berusia 8 bulan hingga 7 tahun telah dibawa ke Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua yang cedera itu masih berada di zon merah.

Jelas Mohd. Iqbal, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! seorang bapa maut manakala empat lagi termasuk bayi perempuannya parah selepas terlibat dalam kemalangan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI