fbpx
Al-Sultan Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan cek cura kepada wakil Persatuan Kebajikan Ahsana di Kelab Golf Glenmarie, Shah Alam semalam. Turut kelihatan Fadillah (kiri) dan Yeoh (kanan).

Golf amal Mazda kumpul dana RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kejohanan Golf Amal Mazda kali ke-11 berjaya mengumpul dana RM1.4 juta untuk diagihkan kepada golongan miskin, program bantuan perubatan dan organisasi kebajikan tempatan.

Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Tan Sri Ben Yeoh berkata, kejohanan itu menjadi inisiatif bermakna kerana ia mencerminkan kasih sayang, perpaduan dan komitmen yang memacu perubahan positif.

Katanya, ia bukan sekadar sukan, malah bukti tanggungjawab Bermaz Motor memberi kembali kepada masyarakat dan membina budaya prihatin serta belas kasih.

“Kami harap semangat ini akan terus dikembangkan bagi menjangkau lebih ramai insan pada masa hadapan,” katanya ketika berucap selepas kejohanan itu semalam.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli menyertai kejohanan itu. Baginda merupakan penaung diraja Mazda Medicare Fund (MMF) sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Menurut Yeoh, pihaknya amat berbesar hati dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah serta para pemimpin yang menyertai kejohanan itu kali ini.

Kejohanan itu disertai 200 peserta yang terdiri daripada pemain golf berpengalaman, rakan korporat dan serta peserta baharu.

Sumbangan itu akan diagihkan kepada Tabung Kebajikan Penyakit Kanser Mount Miriam, Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Ahsana, Kuala Lumpur dan House of Love, Selangor melalui MMF. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN