fbpx
GREALISH meledak gol kemenangan pada masa kecederaan ketika Everton menumbangkan Palace kelmarin. - AFP

EPL: Grealish terus cipta sensasi di Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pemain tengah Everton, Jack Grealish membuktikan dia layak untuk kembali menyertai skuad England selepas meledak gol pertamanya musim ini bersama pasukan itu apabila kembali menemui prestasi terbaik.

Grealish yang hadir sebagai pemain pinjaman daripada Manchester City meledak gol kemenangan Everton untuk memastikan kejayaan 2-1 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Hill Dickinson, kelmarin.

Gol kemenangan pada minit ke-93 oleh Grealish itu bukan sahaja memberikan tiga mata penuh buat The Toffees, tetapi ia juga menamatkan rekod kebal Palace yang belum tewas dalam 19 perlawanan sebelum ini.

“Agak menarik apabila dapat menjaringkan gol di sini dan inilah yang saya sentiasa mahu lakukan sebagai pemain sayap. Sekarang saya sudah memiliki satu gol dan empat bantuan jaringan.

“Anda tahu bagaimana rasa geram? Kali terakhir kami bermain di sini menyaksikan kami hanya mampu catatkan seri. Pada minit ke-85, saya katakan kepada diri saya yang saya perlu menjaringkan gol untuk perlawanan kali ini,” katanya.

Terdahulu, Daniel Munoz meletakkan Palace di depan sebelum Iliman Ndiaye menyamakan kedudukan dan keputusan ini juga menamatkan rekod tanpa kalah Palace.

“Sangat kecewa dengan keputusan ini kerana dalam tempoh 60 ke 70 minit kami bermain baik. Cukup menyakitkan, tetapi sebenarnya kami juga perlukan rasa kecewa seperti ini untuk kembali meningkat,” kata Pengurus Palace, Oliver Glasner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI