fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan dua beradik, Heliza dan Hazwani.

[VIDEO] Netizen pakat cari kelibat Farah Lee, Heliza, Hazwani, Zizi, Ardell dan Haroqs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Yeay, boleh tengok dia orang balik!”

Itu antara luahan orang ramai yang lega dan gembira apabila menyaksikan kelibat para peserta konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) warga Malaysia yang juga terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pempengaruh.

Antara wajah-wajah yang dinantikan mereka adalah Ardell Aryana, Farah Lee, Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial Farah, rata-rata netizen menzahirkan rasa gembira bercampur sebak apabila dapat melihat kemunculan mereka yang masih mampu tersenyum.

“Farah, Haroqs, Ardell, Heliza, Hazwani dan lain-lain! Gembira melihat anda. Mana Zizi Kirana, tak nampak pun?” soal @Nassya.

“Balik makan kenyang-kenyang tau semua,” kata netizen yang lain.

“Ardell, Heliza, Hazwani dan Farah Lee. Mata aku cari dia orang,” ujar @Matcha Latte.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan seramai 23 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan GSF telah ditahan Israel.

Namun pada petang tadi beliau memaklumkan, mereka yang ditahan itu akhirnya dibebaskan dan kumpulan itu dilaporkan bergerak ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel untuk ke Istanbul, Turkiye.

Kumpulan aktivis Malaysia berkenaan menaiki pesawat khas dari Turkiye yang menerbangkan mereka ke Istanbul. – KOSMO! ONLINE

@farahlee.fl Admin| Alhamdulillah syukur! Farah Lee & semua delegasi Malaysia selamat tiba di Türkiye #GlobalSumudFlotilla #sumudnusantara #farahlee #childrity ♬ original sound – Farah Lee

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI