fbpx
Nur Atiqah.

Pelajar hilang selepas balik sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang sejak minggu lalu.

Mangsa, Nur Atiqah Farhah Abdullah dilaporkan kali terakhir dilihat pada 26 September lalu, kira-kira pukul 6 petang.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 3 Oktober lalu sekitar pukul 5.57 petang.

“Remaja terbabit dilaporkan tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan. Pihak polis kini giat mengesan mangsa bagi membantu keluarga yang bimbang keselamatannya,” katanya.

Nur Atiqah Farhah mempunyai bentuk fizikal berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang 159 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram.

Ketika kejadian, dia memakai pakaian seragam sekolah baju putih, kain biru serta tudung putih dan turut membawa beg berwarna hitam.

Dalam pada itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kehilangan remaja berkenaan untuk tampil menyalurkan maklumat.

“Mereka boleh menghubungi balai polis berdekatan atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Zamri Mohd Nor di talian 010-2848761,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN