fbpx
Gambar hiasan.

KPM batalkan Kejohanan Ragbi SBP susulan kematian peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 ekoran kematian seorang peserta pertandingan itu semalam.

KPM dalam kenyataanya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia secara mengejut sewaktu perlawanan ragbi tersebut.

“Allahyarham yang rebah ketika perlawanan telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“KPM telah mengambil keputusan untuk membatalkan kejohanan yang berlangsung sehingga esok dan akan menjadualkannya semula pada tarikh baharu, sebagai menghormati pemergian Allahyarham,” katanya hari ini.

KPM berkata, seluruh warga kementerian tersebut mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI