fbpx
Tangkap layar kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta hangus dalam kebakaran di Sungai Lokan, Sungai Dua, pagi tadi.

Kereta terbakar, status mangsa belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebuah kereta dilaporkan hangus terbakar dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Sungai Dua di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, nasib mangsa serta jumlah individu terlibat masih belum diketahui.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, operasi menyelamat masih belum selesai dan sedang menunggu pasukan forensik.

Terdahulu, tular satu rakaman video di laman sosial Facebook pagi tadi yang memaparkan kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kereta.

Video kejadian itu dimuat naik berserta kapsyen ‘dilaporkan ada tiga orang di dalam kereta’.

Namun, sehingga kini masih tiada maklumat lanjut mengenai status mangsa terlibat.

Lokasi kejadian merupakan laluan dua hala dan dikatakan dikenali sebagai jalan ‘roller coaster’ oleh penduduk setempat.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI