SEBUT sahaja Le Tour de Langkawi (LTdL), ia pastinya menggamit memori bagi peminat sukan berbasikal kerana sudah 29 tahun ia mewarnai arena sukan negara sejak dianjurkan buat kali pertama pada 1996. Siapa tidak kenal pelumba-pelumba handalan dunia yang pernah menghangatkan perlumbaan jelajah berstatus UCI 2.Pro Series seperti Andrea Guardini, Graeme Brown serta Paolo Lanfranchi. Ada sebahagian besar peminat menganggap jelajah berbasikal lebuh raya itu sudah semakin hilang seri dan kurang mendapat sambutan, bukan sahaja daripada pelumba, malah peminat sendiri. Bagaimanapun,……