fbpx
PARA pemain United seakan tidak percaya apabila tewas kepada Brentford dalam saingan EPL minggu lalu. - AFP

Sunderland jadi lawan terakhir Amorim?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Sunderland bersedia untuk menambah derita Ruben Amorim dengan melakar kemenangan pertama ke atas Manchester United di Stadium Old Trafford dalam tempoh 11 tahun.

Pengendali Sunderland, Regis Le Bris mengakui prestasi memukau dipamerkan oleh pasukan sepanjang musim ini memberi gambaran bahawa mereka sedia untuk melakar kejutan ke atas The Red Devils malam ini.

Namun, Le Bris enggan barisan pemain terlalu yakin, sebaliknya masih perlu kekal berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan pasukan tuan rumah walaupun sudah tewas tiga perlawanan liga musim ini.

“Saya rasa mereka berpotensi untuk mengamuk atau kekal dengan prestasi tidak konsisten. Justeru, saya mahu pemain berjaga-jaga kerana untuk melakar kemenangan di Old Trafford tidak semudah yang disangka.

“Jika kami berjaya mempamerkan prestasi dan komitmen penuh, tiada apa yang mustahil. Saya harap pemain percaya dengan falsafah bola sepak yang kita terapkan untuk mencuri mata berharga nanti,” katanya.

Sementara itu, Le Bris turut menganggap pemain sayap United, Amad Diallo yang pernah menyarung jersi The Black Cats secara pinjaman pada musim 2022/2023 sebagai salah satu ancaman di benteng pertahanan pasukan.

“Diallo kini semakin matang dan dia masih lagi menjadi salah seorang bekas pemain yang digemari oleh penyokong kami. Namun, di atas padang tiada istilah kawan dan pemain kena fokus untuk meraih keputusan positif,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI