fbpx
Lebih 5,000 peserta menyertai himpunan Sumud Flotilla dengan mengibarkan bendera Palestin di Kuala Lumpur hari ini.

Hari yang bahagia lebih sedekad berjuang untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan, Nadir Al Nuri meluahkan rasa terharu dan syukur melihat ribuan rakyat Malaysia turun berdemostrasi di ibu negara serta di seluruh negara sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

“Meremang bulu roma, menitik air mata melihat kalian berdemo di Kuala Lumpur dan seluruh negara. Dengan iklan seketika, di tengah waktu bekerja, kalian buktikan yang kita punya suara dan mampu menggegar dunia. Allahuakbar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti memberi sokongan terhadap perjuangan membebaskan Palestin.

“Terima kasih dan tahniah, ini hari yang bahagia untuk saya setelah lebih sedekad berjuang untuk Palestin,” katanya.

Terdahulu Kosmo melaporkan laungan ‘hidup Gaza’, hidup sumud dan koyak zionis’ bergema di ibu negara sebagai tanda protes kepada tindakan Tentera Pertahanan Israel menahan aktivis Global Sumud Flotilla.

Lebih 5,000 peserta yang menyertai himpunan terbabit berarak dengan mengibarkan bendera Palestin di Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bermula pukul 4 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI