fbpx
ZIZI Kirana ini dipercayai sedang dalam tahanan Israel.

‘Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Zizi Kirana antara sukarelawan misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang ditahan tentera Israel ketika berada di zon merah awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan di laman Instagram rasmi Sumud Nusantara Official yang memuat naik satu video isyarat kecemasan dipercayai dirakam pemilik nama lengkap Nur Fazelah Mad Tahil itu.

“Jika anda menonton video ini, bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

“Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada unsur keganasan dan mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya dalam video berkenaan.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu berharap kerajaan Malaysia mendesak Israel menjamin keselamatan semua yang berada di atas kapal serta membebaskan mereka segera.

“Saya merayu kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembelaan segera tanpa sebarang syarat,” ujarnya.

Daripada laporan, seramai 13 rakyat Malaysia di atas lima kapal GSF terputus hubungan dengan Sumud Nusantara Command Center (SNCC), manakala lapan termasuk Zizi Kirana disahkan ditahan tentera Israel setakat 6 pagi waktu Malaysia.

Tiga lagi rakyat Malaysia di atas Kapal Alma iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga berdepan nasib sama selepas kapal berkenaan dipintas pada jam 9.44 malam waktu Gaza.

Selain itu, kapal dinaiki aktivitis kemanusiaan yang juga pelakon Ardell iaitu Mikeno turut dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC.

Setakat ini, SNCC mengesahkan terputus hubungan dengan sembilan daripada 34 sukarelawan Malaysia yang dalam pelayaran memasuki zon merah 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI