fbpx
Dua peserta Malaysia yang berada di atas kapal Grande Blu memuat naik video kecemasan memaklumkan diri mereka ditahan Israel.

Sumud Flotilla: Dua lagi peserta Malaysia ditahan, jumlah kini 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua lagi peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia dilaporkan ditahan oleh rejim Israel menjadikan jumlah keseluruhan tahanan adalah seramai 10 sukarelawan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Sumud Nusantara Official sebentar tadi.

Dua peserta tersebut dari kapal Grande Blu adalah aktivis kemanusiaan dan pempengaruh, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli dan Danish Nazram.

Sebelum ini empat wakil Malaysia yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli.

Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama.

Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel.

Rakaman video yang dikongsi bersama mesej itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan tersebut, selain menggesa agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

“Jika ada menonton video ini bermaksud saya telah diculik bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami aman, tiada keganasan, dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Saya segera merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” jelas mesej tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI