fbpx
Pengarah Perniagaan Kumpulan Wen Ken (kanan), Chris Lim menyampaikan replika cek kepada skuad Sofbol negara.

Cap Kaki Tiga pacu skuad sofbol ke Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad sofbol lelaki negara menerima suntikan semangat menjelang Sukan SEA ke-33 di Bangkok apabila Kumpulan Wen Ken menerusi salah satu produknya, jenama Cap Kaki Tiga tampil sebagai penaja rasmi pasukan berkenaan.

Kerjasama itu menyaksikan syarikat induknya, Kumpulan Wen Ken, menyalurkan tajaan tunai bernilai RM50,000 selain menampilkan logo Cap Kaki Tiga pada jersi skuad kebangsaan sepanjang temasya di Thailand yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember nanti,

Pengarah Perniagaan Kumpulan Wen Ken, Chris Lim percaya sokongan pihaknya mampu memberi dorongan tambahan buat pemain negara yang bakal beraksi di Rajamangala University of Technology, Thanyaburi, Pathum Thani pada Disember.

“Kami berbesar hati dapat menyokong sekumpulan atlet yang berbakat dan penuh semangat.

SKUAD sofball negara bersemangat untuk menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025.

“Misi kami sentiasa memberi kembali kepada komuniti dan kerjasama ini membolehkan kami menyumbang kepada pembangunan sukan negara,” kata Chris Lim dalam satu kenyataan.

Katanya, selain sokongan kewangan, penajaan tersebut turut membabitkan kempen media sosial dengan pelbagai kandungan menarik termasuk rakaman latihan di sebalik tabir serta sorotan aksi pemain ketika menggunakan produk mengunakan produk Cap Kaki Tiga.

“Penajaan ini selaras dengan komitmen syarikat untuk memperkasa atlet kebangsaan selain menyokong pembangunan belia serta menyemai semangat kebangsaan menerusi platform sukan,” kata kenyataan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI