fbpx

Air penyejuk badan Cap Kaki Tiga kini berperisa limau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama turun-temurun yang berpengalaman lebih 80 tahun dalam pembuatan air penyejuk badan, Cap Kaki Tiga memperkenalkan varian terbaharu di bawah rangkaian produk Cooltopia, iaitu Cooltopia Limau.

Cooltopia merupakan kesinambungan daripada produk klasiknya, iaitu Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga dan berfungsi menurunkan suhu badan dengan kandungan Gypsum Fibrosum secara semulajadi, ubat tradisional bagi melegakan kepanasan badan.

Varian terbaharu keluaran Kumpulan Wen Ken itu adalah tambahan kepada variasi Cooltopia sedia ada, iaitu buah laici dan jambu batu.

Kumpulan Wen Ken menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, air penyejuk badan Cooltopia Limau membawa percikan limau yang menyegarkan dan mampu melegakan panas badan serta memberi rasa sensasi kesegaran daripada buah-buahan.

“Ia memberi fungsi penyejukan tanpa mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.

“Ditawarkan dalam botol berkapasiti 320 mililiter yang mudah dibawa ke mana-mana, ia sesuai diminum ketika sedang bersenam atau sewaktu menikmati makanan,” katanya.

Cooltopia Limau boleh didapati di semua farmasi berdekatan, kedai perubatan Cina, kedai serbaguna, pasar raya, pasar raya besar dan kedai stesen minyak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI